Dengarkan
kisahku... .
Dengarkan,
tetapi
jangan menaruh belas kasihan padaku,
kerana
belas kasihan menyebabkan kelemahan,
padahal
aku masih tegar dalam penderitaanku..
Jika
kita mencintai,
cinta
kita bukan dari diri kita, juga bukan untuk diri
kita.
Jika
kita bergembira,
kegembiraan
kita bukan berada dalam diri kita, tapi dalam Hidup itu sendiri.
Jika
kita menderita,
kesakitan kita tidak terletak pada luka kita, tapi dalam
hati nurani alam.
Jangan
kau anggap bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama atau rayuan yang terus
menerus.
Cinta
adalah tunas pesona jiwa,
dan
jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat,
ia
takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan dari generasi ke
generasi.
Wanita
yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa dan raga
adalah sebuah kebenaran, yang
terbuka namun rahsia;
ia
hanya dapat difahami melalui cinta,
hanya
dapat disentuh dengan kebaikan;
dan
ketika kita mencoba untuk menggambarkannya
ia menghilang
bagai segumpal uap.
4/
5
Oleh
najwa bintang